Konsert ulang tahun ke 19 “Republik Band” menjadi kenangan indah buat peminat

- Advertisement -

Sandiwara cinta, Selimut tertangga, Sayang sampai mati antara lagu-lagu popular kumpulan yang berasal dari Bogor, Indonesia iaitu Repvblik Band. Sudah pasti peminat-peminat kumpulan muzik ini, mengingati dan menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut. Republik telah membuat persembahan di The Zepp Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke 19 kumpulan itu pada 11 Ogos lalu.

Seramai 1700 peminat Malaysia telah hadir menyaksikan persembahan bertenaga yang telah berlansung selama 2 jam yang bermula pada 8.45 malam. Sebanyak 20 lagu telah dipersembahkan kepada peminat dengan pertembungan lagu lagu lama dan baharu. Pilihan lagu sedikit mencabar ini kerana memikirkan lagu yang disukai oleh Peminat di Malaysia khususnya daripada karya terbaik daripada seleksi album mereka.

kumpulan yang bergenre Pop Rock dan Rock Alternatif ini Pernah hampa dengan pembatalan konsert mereka bersama Radja yang sepatutnya berlansung pada tahun lepas kini mereka kembali mengubati rindu peminat dan sekaligus melunaskan hutang mereka kepada peminat di Malaysia.

“Malam ini ramai yang datang bersama pacar…aku ngak percaya yang bersendirian, Repvblik akan nyanyikan lagu-lagu cinta untuk kalian dan yang penting hutangnya sudah dilunasi,” ucap Ruri selaku vokalis Repvblik.

Aksi Ruri yang lincah di atas pentas mencuri perhatian penonton apabila beliau mendendang lagu-lagu seperti Tiada Guna Lagi, Tlah Ku Berikan, Sakit Aku Sakit, Hanya Ingin Kau Tahu dan Aku Tetap Cinta. Dengan bertubuh ‘sado’ Ruri kelihatan tidak merasa lelah dan sentiasa konsisten dalam persembahannya.

Persembahan diteruskan dengan ketukan dram yang padu membuatkan penontot turut serta menyanyi dan bergoyang mengikuti irama lagu.

Peminat seperti jangal apabila Ruri menyanyikan lagu Mengintai Dari Tirai Kamar yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Exist, lagu tersebut yang kini popular di indonesia diubah sedikit lirik dan diberi judul Buih Permaidani. Walaupun lirik ada sedikit perbezaan tetapi Peminat gembira dan turut serta menyanyi bersama.

Seterusnya, Ruri menghiburkan penonton menerusi lagu hitnya berjudul Cinta Sampai Mati, dan Selimut Tetangga. Sandiwara Cinta antara lagu yang telah melonjakkan nama Repvblik sehingga pernah merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 113 juta jumlah tontonan di platform Youtube.

Kumpulan yang dianggotai 4 orang ahli iaitu Ruri (Vokalis), Lavy (Bass), Tyar (Keybord dan Backing Vokal), dan Ei (Gitar utama) membuai perasaan penonton dengan lagu-lagu cinta sepanjang konsert berdurasi hampir 2 jam setengah ini. Pelbagai seleksi lagu-lagu yang menjadi kegemaran peminat dipersembahkan seperti Aku Yang Terluka, Sandiwara Lagi, Andaikan, Selingkuh dan banyak lagi.

Persembahan kumpulan Republik itu pasti akan menjadikan momen indah kepada penonton yang hadir pada malam itu, Setiap peminat yang hadir terpukau dengan persembahan mereka lalu pulang sambil tersenyum dan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat