Stadium Bukit Nasional Jalil Jadi Venue Aksi Final Piala FA

- Advertisement -

Teka-teki venue aksi final Piala FA 2022 akhirnya terjawab apabila Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur dipilih bagi menemukan jagoan Pantai Timur, Terengganu FC (TFC) dan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memberitahu, sepak mula perlawanan akhir edisi ke-32 itu mulai jam 9 malam pada 10 September ini selepas tertangguh bagi edisi musim lalu dan tahun 2020 akibat pandemik Covid-19.

Dalam membuat pemilihan venue itu, MFL telah melalui proses yang panjang untuk menilai kemungkinan beberapa pilihan venue bagi penganjuran aksi tersebut sebelum mendapat kelulusan daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pada Selasa.

“Ia selepas MFL serta pihak pengurusan TFC dan JDT telah membuat pemeriksaan teliti mengenai keadaan padang stadium itu bagi final Piala FA,” katanya.

MFL perlu berhati-hati sebelum memutuskan perkara tersebut bagi memastikan keseluruhan aspek penganjuran dan keselamatan para pemain, pegawai dan penonton kedua-dua pasukan terjamin.

“Bukan hanya faktor padang dijadikan keutamaan, tetapi elemen-elemen yang amat penting seperti kemudahan dan perlindungan untuk penyokong kedua-dua pasukan dan akses kepada perkhidmatan awam.

“Faktor lain ialah ruang yang luas di sekeliling stadium yang membolehkan operasi keselamatan untuk puluhan ribu peminat yang akan berada di stadium, sokongan dan bantuan pihak berkuasa tempatan juga perlu diambil kira,” ujarnya.

Sebelum ini, PSM mengumumkan penutupan SNBJ bagi sebarang aktiviti bola sepak bagi kerja-kerja penyelenggaraan

Pada edisi 2019, Kedah muncul juara setelah menewaskan Perak 1-0 pada aksi yang berlarutan sehingga masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan sebenar. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat