KJ, Hishammuddin Ucap ‘Selamat Tinggal’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan seluruh Kabinet Perikatan Nasional (PN) telah mengutus surat peletakkan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan turut memberitahu setakat hari ini sebanyak 33.1 peratus rakyat Malaysia telah menerima vaksin penuh manakala 52.4 peratus telah menerima satu dos vaksin.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang dan kesempatan berkhidmat kepada negara sepanjang memegang portfolio berkenaan.

“Kabinet telah hantar surat letak jawatan kepada Agong. Terima kasih atas peluang yang diberikan sekali lagi untuk berkhidmat kepada negara. Semoga Allah merahmati Malaysia,” ucap Khairy di Instagram beliau.

Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memadam jawatannya di Facebook selaku Menteri Kanan Kluster Keselamatan.

Beliau memuat naik status sebagai Ahli Parlimen Sembrong dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN).

Hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan Mesyuarat Khas Kabinet kemudian mempersembahkan surat letak jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri dan mencadangkan Parlimen dibubarkan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat