Shafie Mengaku Pakar Ekonomi, Dua Tahun KDNK Sabah Menjunam – PPBM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu/PPBM) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mendakwa negeri itu mencatat pertumbuhan ekonomi paling lembab dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri di paras paling rendah iaitu 0.5 peratus ketika pentadbiran kerajaan Warisan.

Katanya, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal perlu mengakui kegagalannya mentadbir dan mengurus ekonomi Sabah sehingga KDNK negeri itu jatuh menjunam pada 2019.

Beliau berkata, Mohd Shafie dan pemimpin Warisan perlu menerima hakikat kegagalan mereka, sebaliknya bukan terus menyalahkan kerajaan terdahulu sebagai alasan menutup kegagalannya.

“Rakyat berasa kesal dan sedih apabila mengetahui Sabah mencatat KDNK paling rendah di seluruh Malaysia.

“Shafie mengakui dirinya pakar ekonomi dan bersama rakan sekutu politiknya dari UPKO, DAP dan PKR kononnya, mampu mentadbir dan membangunkan negeri Sabah.

“Malangnya selepas lebih dua tahun mentadbir, keadaan ekonomi dan KDNK Sabah terus menjunam sehingga mencatat paras paling rendah,” katanya kepada media, hari ini.

Hajiji yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, Shafie dan sekutunya bukan sahaja gagal membangun ekonomi Sabah, malah gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri itu sehingga kadar pengangguran meningkat.

Kata beliau, laporan terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia pada Ogos lalu menyatakan, KDNK Sabah menguncup selama dua tahun berturut-turut iaitu 1.5 peratus pada 2018 dan 0.5 peratus pada 2019.

“Kadar pengangguran juga berada pada paras terburuk dalam tempoh 20 tahun iaitu sebanyak 5.8 peratus.

“Ini bermakna lebih 117,000 rakyat Sabah tidak mempunyai pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang menjawat Ketua Menteri, tiada apa dilakukan Shafie untuk meningkat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat