PRK Slim Jadi Petunjuk BN Akan Perintah Malaysia Semula – Najib

Pemilihan Presiden US: Biden Serang Trump Isu Wabak, Trump Serang Biden Isu Ekonomi

AMERIKA SYARIKAT: Calon-calon pemilihan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Donald Trump saling berbalas-balas serangan dengan Biden menyerang kelemahan Trump semasa mengendalikan wabak Covid-19...

Gila! Belah Perut Isteri Nak Tengok Jantina Anak

SEORANG lelaki di India ditahan polis kerana membelah perut isterinya yang sedang mengandung dengan sabit sehingga menyebabkan wanita itu sekarang tenat di hospital...

PN Perlu Segera Merencana Pemberdayaan Wanita Malaysia

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020, kita mendapati kurangnya gerakan bagi membincangkan hala tuju perkembangan wanita...

Polis Terima 35 Laporan Berkaitan Mohamaddin Hina Anggota Keselamatan

KOTA KINABALU – Sebanyak 35 laporan diterima polis Sabah setakat ini berkaitan penghinaan seorang bekas menteri ke atas anggota keselamatan bertugas ketika Op Daulat...

Mohamaddin Sangat Biadab, Melampau – Mejar Huan Cheng Guan

KOTA KINABALU – Kenyataan bekas Menteri Pakatan Harapan (PH) yang kini merupakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi menghina wira...

SLIM: Pilihan raya kecil Slim, akan mengukur sama ada Barisan Nasional akan memerintah Malaysia semula, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata, walaupun pertandingan di Slim hanya merupakan pilihan raya kecil (PRK) untuk mempertahankan sebuah kerusi DUN, tapi ia sebenarnya berkaitan dengan senario politik semasa di Malaysia.

“Pilihan raya kecil Slim bukan hanya untuk pengundi di sini, tetapi mempunyai kepentingan dan hubungannya dengan senario politik negara pada umumnya”, kata Najib.

“Ini adalah pilihan raya kecil yang bermakna dan penting bagi kami untuk memberi isyarat yang jelas dalam membuat keputusan yang tepat kepada rakyat”, katanya lagi semasa program kemasyarakatan bersama warga Felda di Felda Besout di sini semalam.

Kira-kira 250 penduduk hadir pada majlis itu, yang menyaksikan Najib beramah mesra dengan penduduk tempatan, termasuk memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil, Mohd Zaidi Aziz.

Najib berkata, pilihan raya kecil Slim dapat dianggap sebagai kesinambungan dari beberapa siri pilihan raya kecil, dari Cameron Highlands hinggalah Chini, di mana masing-masing yang ditandingi oleh BN bersama-sama PAS dalam Muafakat Nasional, telah menang.

“Ramai kata BN akan dikuburkan ditalkinkan, ketika kami kalah dalam pilihan raya umum lalu. Ramai yang mengatakan bahawa kami tidak akan dapat bangkit kembali. Tetapi hari ini, apa yang kita lihat adalah jika kita dapat meneruskan trend kemenangan dari pilihan raya kecil sebelumnya, ramai berkata bahawa BN, UMNO dan Muafakat akan (kembali) memegang tampuk kekuasaan negara.

Ini bererti kita telah bangkit. Kami tidak tewas, tetapi hanya jatuh sementara sahaja, kita tidak tersungkur. Kita kalah kalau kita tidak bangkit semula”, katanya.

Menegaskan bahawa BN masih merupakan kekuatan yang hebat, Najib meminta rakyat untuk menjadikan BN sebagai pilihan utama mereka pada hari pengundian.

“Kami boleh menang dengan penuh bergaya”. Kami ingin memberi isyarat yang jelas bahawa masanya sudah tiba untuk Barisan memerintah semula”, tambahnya lagi.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

#PRNSabah : Calon USNO Menangis Rayu Dipilih Wakil Rakyat Paginatan

KOTA KINABALU - Menjelang pecutan akhir berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pelbagai ragam calon dapat disaksikan untuk meraih sokongan pengundi. Tidak ketinggalan calon...

Warisan Bayar RM500 Ribu Untuk 5 Orang ‘cybertroopers’

Kota Kinabalu - Parti Warisan Sabah (Warisan) di dakwa membayar lima orang cybertroopers yang dibawa khas dari Semenanjung Malaysia khusus untuk membantu gerak kerja...

#PRNSabah: Henti Main Sentimen “Malaya” – Bung Moktar Radin

LAMAG: Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga calon BN bagi DUN Lamag, meminta pemimpin Warisan terutama Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, berhenti...