KAPAR: Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Kapar, Afifi Aris mencadangkan Pemuda UMNO mewujudkan Jaksa Pendamai bagi memastikan tiada pemimpin mereka berasa tersisih, sebaliknya kekal menyumbang idea demi kebaikan dan pengukuhan parti pada masa depan.
Jelasnya, kita tidak boleh membiarkan pertelingkahan dan serang menyerang secara terbuka sesama kepimpinan UMNO dan bekas pemimpin UMNO.
Katanya lagi, perkara itu perlu dilaksanakan bagi mengekalkan keharmonian dalam parti.
“UMNO akan diwarisi oleh ahli Pemuda hari ini pada masa mendatang, kita tidak boleh membiarkan pertelingkahan dan serang menyerang secara terbuka sesama kepimpinan UMNO dan bekas pemimpin UMNO.
“Bekas – bekas pemimpin yang pernah bersama dengan parti tetapi hari ini tidak munculkan diri, merajuk, berehat dan sembunyi perlu kita cari dan rapat kembali kerana mereka juga ada jasa kepada parti.” katanya pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kapar di Dewan Dato’ Ahmad Razali.
Mesyuarat itu dirasmikan Setiusaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin.
Kata Afifi lagi, jika perkara ini berterusan akan membawa kerugian besar terhadap UMNO.
Beliau juga menggesa serangan sesama ahli parti perlu dihentikan.
“Ahli UMNO dan rakyat melihatnya, ini akan membawa kerugian besar terhadap UMNO jika perkara ini berterusan. Jangan wujudkan kem – kem kabilah. Titik noktah perlu diletakan.
”Pendamaian perlu diwujudkan, perbezaan pendapat akan perihal yang telah berlaku we must “agree to disagree”!.
“Henti serang sesama ahli bila berbeza pandangan dan pendapat dengan gelaran pengkhianat dan kononnya mereka menjadi jurucakap parti lawan. Jangan ingat kamu yang terpaling UMNO berbanding orang lain.
“Kembalikan semangat pemimpin dan bekas bekas pemimpin bahawasanya perjuangan UMNO ini adalah demi kepada Agama , Bangsa dan Tanah Air. UMNO perlu kembali kuat dan gagah dalam menjuarai isu Melayu dan Rakyat.” Katanya lagi.