Lebih 9,000 Anggota Polis Tambahan Bantu Pastikan PRN Lancar – KPN

- Advertisement -

KOTA BHARU – Seramai 9,602 pegawai dan anggota polis akan dihantar bagi membantu Pilihan Raya Negeri (PRN), di enam negeri terlibat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata bantuan yang akan diselaraskan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) itu, bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.

“Sejumlah 9,602 anggota tambahan akan dikerahkan ke enam negeri terlibat. Sebagai contoh hampir 2,000 anggota tambahan akan membantu di Kelantan dan Selangor, Terengganu (2,048) dan Pulau Pinang (663).

“Anggota itu mencukupi bagi menentukan keselamatan peti undi, kertas undi, dakwat dan pengundi boleh keluar mengundi,” katanya pada sidang media selepas Taklimat PRN Kontinjen Kelantan di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Mengulas mengenai Kelantan, Razarudin berkata sejumlah 16 kawasan tumpuan telah dikenal pasti di seluruh negeri.

“Polis Kelantan telah melaksanakan Op Cantas sejak Mei lalu, mereka telah mengenal pasti pihak-pihak yang boleh mencetus kekacauan.

“Namun begitu berdasarkan taklimat tadi, saya percaya PRN Kelantan akan berjalan lancar, sekali lagi saya tekankan kepada pengundi bahawa selamat untuk keluar mengundi,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat