Bas ekspres terbakar, pemandu dan penumpang selamat

- Advertisement -

KUANTAN – Seramai 42 penumpang dan dua pemandu bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas mereka naiki terbakar dalam kejadian di Kilometer 52.2 Lebuh raya Kuala Lumpur-Bentong, dekat Hutan Lipur Lentang, lewat malam tadi.

Pusat gerakan operasi (PGO) Bomba Pahang menerima laporan kejadian itu jam 11.15 malam.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat dari PGO Bomba Pahang.

“Ketika tiba di lokasi, bas ekspres itu sudah terbakar hampir 100 peratus.

“Kerja pemadaman kebakaran dilakukan menggunakan dua aliran hos oleh pasukan bomba dan api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Zulfadli memaklumkan semua 42 penumpang dan dua pemandu bas itu sempat menyelamat diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Katanya, operasi itu turut dibantu enam anggota pasukan bomba sukarela dari Janda Baik.

Operasi ditamatkan jam 12.40 tengah malam dan siasatan lanjut mengeni punca kejadian akan dilakukan unit forensik bomba Pahang.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat