Bisa Sanusi tak hilang kalau jaga adab, pertuturan – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak hilang ‘bisa’ Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekiranya beliau menjaga adab dan pertuturan.

Nasihat itu dititipkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada Ketua Pengarah Pilihan Perikatan Nasional (PN).

Kata Menteri Kesihatan itu, tidak akan hilang watak ‘bravado’ dan ‘bisa’ jika menjaga adab dan percakapan.

“Secara peribadi nasihat saya kepada Sanusi, kalau jaga adab sikit tak hilang dia punya bisa.

“saya tahu dia ada sedikit karektor ‘bravado’ tapi kalau dia jaga adab dia sedikit dan jaga ayat sikit.

“Saya tahu dia ada sedikit karakter ‘bravado’ dan sebagainya… tetapi kalau jaga adab saya rasa ia tidak akan menghilangkan watak bersemangat yang dia suka termasuk jadi diri sendiri yang orang minat kepada dia,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap, malam tadi.

Beliau mengulas berkenaan ucapan Sanusi yang didakwa memperlekeh pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menilai Sanusi cuai dan tidak berhati-hati ketika membuat ucapan.

Menurut Sharil , Menteri Besar Kedah itu yang mahu menghentam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak sedar ada rujukan kepada institusi raja.

“Saya melihat ia adalah kecuaian yang datang dari manusia dan kenyataan itu sudah tentu akan melukakan hati rakyat negeri Selangor dan institusi raja dan sebagainya.

“Cuma bila saya tengok balik kenyataan itu ia lebih kepada kecuaian (ketika berucap),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Sanusi dalam satu siri ceramah anjuran PN didakwa mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat