Ben Affleck makin serasi dengan anak Jlo

- Advertisement -

Los Angeles: Bintang Hollywood, Ben Affleck kini menghabiskan masa bersama anak kembar penyanyi, Jennifer Lopez dan dalam proses mengenali mereka dengan lebih rapat.

Sumber terdekat Lopez memberitahu media bahawa kedua-dua kembar itu, Max dan Emme, 13, kini bersiap sedia untuk memulakan hidup baru di Los Angeles yang juga tempat tinggal Affleck.

“Mereka (Max dan Emme) perlahan-lahan mengenali Ben. Semuanya nampak berjalan dengan lancar. Jennifer nampaknya benar-benar serius untuk bersama dengan Ben. Dia sudah lama tak sebahagia ini,” kata sumber itu.

Satu sumber lain juga berkongsi mengenai bagaimana bahagianya Lopez dan Affleck lebih-lebih lagi ketika makan malam bersama anak-anak Lopez di Malibu.

“Ben dan anak-anak nampaknya begitu selesa bersama. Max dan Emme gemar bercerita dengan Ben dan Ben pun nampak begitu gembira. Dia tersenyum dan sesekali ketawa.

Mereka juga memesan banyak makanan untuk dikongsi bersama,” katanya.

Khabar mengenai hubungan Lopez dan Affleck mula menjadi bualan sejak April lalu.

Lebih menguatkan spekulasi itu, kedua-dua mereka dilihat bercuti bersama di Montana.

Max dan Emme adalah anak hasil perkahwinan Lopez dengan bekas suami yang juga penyanyi, Marc Anthony.

Affleck juga memiliki tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri yang juga pelakon, Jennifer Garner iaitu Seraphina, 12; Violet, 15; dan Samuel, 9.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat