Syarikat Pembuatan Kereta Umum Penurunan Harga Selepas Cukai Dikurangkan

- Advertisement -

Industri automotif tempatan dijangka menerima impak positif hasil pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang antara lain membabitkan pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang 100 peratus untuk kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk import sepenuhnya (CBU).

Pengumuman penurunan harga itu dimulakan dengan Perodua yang menyatakan semua model keluarannya dikurangkan antara RM723 hingga RM4,674.

Ia disusuli dengan UMW Toyota Motor (UMWT) iaitu pengedar utama kenderaan jenama Toyota di negara ini apabila 10 daripada 15 modelnya berdepan penurunan harga dari RM1,260 hingga RM6,800 serta ditambah dengan promosi Jun 2020.

Turut serta dalam inisiatif ini adalah Proton yang menurunkan harga semua modelnya antaranya Saga melalui pengurangan bermula dari RM400 dan X70 keluaran 2020 yang menawarkan penjimatan tertinggi dari RM4,900 hingga RM7,000.

Tidak ketinggalan menawarkan kenderaan pada harga lebih rendah ialah Honda Malaysia yang turut menyediakan rebat tambahan melalui kempen Kita Bersama Deals bagi pembelian bulan ini.

Model keluaran Honda menyaksikan penurunan dari RM2,788 hingga RM9,500.

Dalam pada itu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) juga menawarkan pengurangan harga untuk kenderaan penumpang mereka terdiri daripada model CKD kenderaan utiliti sukan (SUV) Outlander dan ASX dengan pengurangan harga dari RM5,126 hingga RM8,154.

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) iaitu pengedar utama kenderaan Nissan di negara ini turut menurunkan harga sehingga enam peratus serta rebat tambahan sehingga RM18,000 melalui kempen ReMarkable Car Offers (RMCO).

Selain itu, Kumpulan Automotif Naza turut serta menawarkan pengurangan harga bagi jenama di bawah kendaliannya termasuk Kia, Peugeot, Citroen dan DS dengan kadar antara 2.4 peratus sehingga 6.7 peratus.

Manakala, BMW Group Malaysia mengumumkan penurunan harga sehingga RM29,747.13 bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan RM31,388.77 bagi kenderaan import sepenuhnya (CBU).

Sepanjang tempoh sehingga 31 Disember depan, pelanggan jenama premium itu menikmati pengurangan harga dari RM7,005.60 hingga RM31,388.77.

Bagi kenderaan jenama Volkswagen, ia menurunkan harga sehingga RM9,484 untuk barisan modelnya di negara ini yang terdiri daripada Polo, Vento, Tiguan dan Passat bagi model CKD manakala, Golf (CBU).

Mazda mengambil pendekatan sama dengan menurunkan harga antara 2.7 dan 3.9 peratus dengan pengurangan dari RM2,800 hingga RM8,090.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat