TLDM lancar pakaian operasi baharu, lebih kondusif

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah memperkenalkan pakaian baharu pegawai dan anggotanya khususnya yang membabitkan tugas-tugas operasinya.

Menurut TLDM, ianya sebagai langkah strategik dalam memperkuatkan keupayaan pertahanannya melalui konsep keseragaman warna yang terinspirasi daripada aset-aset utamanya seperti kapal dan pesawat udara.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob telah menyempurnakan pelancaran pakaian baharu TLDM di KD Lekiu, Tambatan Pangkalan Lumut pada Isnin.

Menurutnya, pakaian operasi TLDM yang baharu itu diperkenalkan bersempena dengan sambutan ulang tahun TLDM ke-90.

Pakaian seragam baharu TLDM lebih kondusif dan amat sesuai digunakan ketika penugasan operasinya Foto TLDM

Katanya lagi, dengan fabrik dan teknologi moden sesuai untuk pakaian taktikal, pakaian baharu ini telah ditambah baik menjadi lebih kondusif dan amat sesuai digunakan ketika penugasan operasi.

“Semoga dengan pelancaran pakaian baharu itu, warga ‘Navy People’ akan terus cemerlang dalam setiap tugas yang dilaksanakan.

Seterusnya TLDM menjadi sebuah angkatan laut yang kukuh serta berdaya saing di peringkat global, ” katanya. – Suara.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat