Konsert “Jilid Rockerstra Ella : Rockers Juga Manusia” bakal berlangsung pada 9 Ogos Ini.

- Advertisement -

Setelah kejayaan siri jelajah konsert Ratu Rock negara ELLA  ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ sudah berakhir, kini sebuah lagi konsert yang lebih istimewa iaitu “Jilid Rockestra Ella : Rockers Juga Manusia” akan di adakan pada 9 Ogos 2024 nanti bertempat di Plenary Hall, KLCC.

Pihak penganjur Hitman Solution dan RockQueen kembali berkerjasama untuk konsert gabungan unik getaran rockernya dengan elemen band dan orkestra, konsert ini bakal menjadi sebuah konsert yang istimewa buat peminat Ella yang telah menyokong ratu rock itu selama ini. 

Kali terakhir Ella mengadakan konsert dalam genre orkestra adalah pada tahun 2017 lalu, “Saya gabungkan dua perkara yang saya sayangkan, sebuah persembahan yang lebih intim dan meluangkan masa bersama peminat-peminat tersayang, kata Nor Zila binti Aminuddin yang lebih dikenali sebagai Ella.

“JILID ROCKESTRA ELLA kali ini adalah peluang untuk saya terokai gabungan muzik dari album-album saya yang dipersembahkan dalam bentuk yang cukup istimewa iaitu orkestra,” katanya.

Jelas Ella lagi, perbezaan konsert yang diadakan sebelum ini dengan JILID ROCKESTRA ELLA, ia adalah gabungan antara genre rock dengan 15 orang pemain muzik orkestra profesional. “Konsert sebelum ini menceritakan tentang perjalanan seni dan kisah 35 tahun kerjaya saya, yang merupakan representasi lengkap diskografi saya sebagai penyanyi rock.

“Selain gabungan rock dan orkestra, konsert kali ini memberi kami peluang mempersembahkan kreativiti kami dalam berkarya dengan penambahan lagu-lagu hits yang belum sempat dimainkan, dan masih di bawah pimpinan pengarah muzik iaitu Dato’ Hashridz Murshim bin Hassim (Dato’ Acis),” katanya.

Sebagai seorang anak seni yang prihatin, Ella masih mengekalkan solidaritinya terhadap Palestin dan akan terus bersuara demi manusiawi sepanjang berlangsungnya konsert nanti. “Konsep konsert masih lagi dalam perbincangan namun secara keseluruhannya adalah rapi, dari segi elemen muzik, set pentas, fesyen ‘glam rock’ dan semuanya akan kami ambil kira, namun secara keseluruhannya boleh saya rangkumkan dalam satu ayat, ‘rockchic rockestra’.

“Saya jangkakan durasi konsert akan berlangsung sekitar 2 jam 30 minit dengan 25 buah lagu yang bakal dipersembahkan, tidak termasuk dengan rangkain lagu-lagu medley yang telah kami gubah demi memenuhi permintaan perminat. 

Apa yang pasti, ketika konsert nanti pasti ada kejutan dengan artis jemputan yang istimewa, “Selain artis jemputan, akan ada segmen khas dimana saya akan mendendangkan beberapa buah lagu asli diiringi tarian buat penonton yang hadir.

“Saya tidak mahu kongsi selebihnya kerana malam tersebut bakal menjadi spektakular, harapan saya semoga konsert ini bakal menjadi kenangan indah buat semua yang hadir, dengarkan muzik saya dengan sajian audio visual dan pengalaman luar biasa untuk dikenang.

“Dan ’semoga kita kan jadi seperti dua insan, bercintaaa……’. “Peace. Love. Rindu.

Sebarang pertanyaan berkenaan konsert JILID ROCKESTRA ELLA, sila hubungi kami di talian 012-2655783.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat