Anifah Aman desak Majlis Keselamatan PBB campur tangan tindakan ganas Israel

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri dengan terus membiarkan kekejaman yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.

Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini meggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak pantas dan tegas termasuk menuntut agar Israel menghentikan pencerobohan terhadap Palestin.

“Serangan udara baru-baru ini oleh Israel di Gaza yang mengakibatkan banyak kematian termasuk wanita dan kanak-kanak berterusan tanpa tindakan oleh masyarakat antarabangsa,” kata Presiden Parti Cinta Sabah (PCS).

Beliau juga meminta agar sekatan dilakukan terhadap Israel.

“Usaha maksimum harus dilakukan oleh masyarakat antarabangsa termasuk Majlis Keselamatan PBB dan OIC,” katanya.

Anifah memberitahu beliau juga kesal kerana belum ada penyelesaian untuk mengakhiri kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Bukan itu saja Anifah juga memberitahu kerajaan Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa dengan melakukan keganasan terhadap Palestin.

“Memang sangat membimbangkan apabila Israel terus tidak bertanggungjawab dan membenarkan justifikasi tidak masuk akal sebagai alasan untuk melanjutkan keganasan dan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin,” kata beliau.

Terdahulu Anifah yang pernah berkhidmat sebagai menteri luar dari 2009 hingga 2018 di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, juga mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memainkan peranan dan memberi tekanan untuk memastikan Israel menghentikan pencerobohan dan keganasan terhadap rakyat Palestin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat