KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menjangkakan Pakatan Harapan (PH) dan gabungan akan kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Menurut AJK Pas Pusat itu, kekalahan itu didorong oleh kegagalan kerajaan mengurus negara dengan baik.
“PH dan gabungan akan kalah di Melaka dan Johor.
“Rakyat marah kerana kerajaan gagal uruskan negara dengan baik.Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook.



