117 kontraktor terima SST projek Quick Win RMK-13

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Perdana Bagi Projek Quick Win RMK-13 RP1 Cawangan Kerja Pendidikan Tahun 2026 Di Pelbagai Negeri telah berlangsung di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya (KKR), Jalan Sultan Salahuddin, dekat sini baru-baru ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan memaklumkan majlis ini bertujuan untuk menyempurnakan serahan SST kepada kontraktor yang terpilih dalam pelawaan sebut harga bagi 117 projek yang melibatkan 11 buah negeri.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, telah menyempurnakan majlis penyerahan ini, turut disaksikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; dan Ketua Pengarah JKR Dato’ Sri Roslan Ismail.

“Dua kategori projek yang terlibat dalam majlis serahan SST ini iaitu Projek Sekolah Modular dan Industrialised Building System (IBS) serta Projek Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung (DSTB).

“JKR mensasarkan semua kerja sebut harga bagi pembinaan projek yang terlibat ini dapat disiapkan selewat-lewatnya pada penghujung Disember ini, ”kata kenyataan itu.

Katanya, pelaksanaan projek-projek pendidikan khususnya pelaksanaan Projek Menangani Isu Sekolah yang Berkepadatan Tinggi merupakan salah satu langkah proaktif pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah mencapai hasrat kerajaan yang mensasarkan pelaksanaan persekolahan satu sesi menjelang tahun 2030.

“Projek ini juga bertujuan untuk menyediakan kemudahan yang lebih sempurna, selesa, serta mewujudkan suasana persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan selamat kepada warga sekolah.

“Bagi pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung di pelbagai negeri pula, projek ini amatlah membantu pihak KPM dalam melaksanakan pelbagai aktiviti sekolah yang memberikan keselesaan kepada murid dan warga pengajar.

“Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan MADANI dalam mempertingkatkan kualiti pembelajaran yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Manfaat yang diperoleh oleh para guru dan pelajar melalui pelaksanaan projek ini diharapkan dapat menyokong usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan yang terbaik untuk seluruh masyarakat,”katanya lagi.

Ujarnya, KKR dan JKR Malaysia komited dalam melaksanakan projek pembangunan negara seiring dengan agenda transformasi dan agenda pembangunan Kerajaan MADANI.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat