Umno jadi ‘pak turut’ dalam keputusan DUN Perak gantung Razman – Pas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan keputusan menggantung Adun Gunung Semanggol yang juga Ketua Pembangkang Perak Razman Zakaria selama 6 bulan sebagai memperalat Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai medan balas dendam politik, bukan lagi ruang menegakkan kebenaran dan mempertahankan suara rakyat.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata keputusan DUN Perak itu memberi isyarat meresahkan bahkan apa yang lebih mengecewakan, keputusan ini berlaku meskipun Razman telah tampil memohon maaf secara terbuka dalam DUN berhubung satu kekhilafan maklumat satu tindakan yang sepatutnya dilihat sebagai bukti tanggungjawab dan keterbukaan beliau, bukan dijadikan asas hukuman.

Fadhli malah melabel Umno sebagai ‘pak turut’ dalam keputusan tersebut.

Hal ini katanya, lebih memeritkan, keputusan menggantung Razman ini tidak mungkin berjaya tanpa kerjasama wakil-wakil Umno dalam kerajaan campuran Perak.

“Inilah bukti bahawa dalam kerakusan mempertahankan kuasa, prinsip ditolak ke tepi.

“Umno yang suatu ketika dahulu melaungkan slogan ‘Agama, Bangsa dan Negara’ kini sanggup bersekongkol menekan suara yang membela isu kedaulatan negara.

“Bukankah ini bukti paling jelas bahawa PH dan rakan-rakan politik mereka kini menjadikan DUN sebagai tempat membungkam kebenaran, bukan meraikan demokrasi? dakwa Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Menurut Fadhli lagi, Razman bukan dihukum kerana berbohong, tetapi kerana beliau membangkitkan perkara yang tidak disenangi kuasa politik hari ini.

Ujarnya, Adun Pas Gunung Semanggol telah tampil menjelaskan, malah memohon maaf dalam hal yang berkaitan namun itu tidak mencukupi bagi kerajaan yang sedang dipacu dendam.

“Hari ini, bukan sahaja YB Razman yang dihukum. Yang dihukum adalah prinsip kebenaran, hak untuk bersuara, dan integriti Dewan itu sendiri,” kata Fadhli.

Mengulas lanjut, beliau berkata isunya berpunca daripada ucapan Razman yang membangkitkan kebimbangan terhadap insiden kibaran bendera China dalam satu program di Teluk Intan.

“Beliau merujuk laporan polis yang sah dan bukan rekaan semata-mata. Rakaman video berdurasi lebih dua jam telah tular dan laporan polis dibuat oleh seorang aktivis masyarakat setempat. Namun malangnya, kesungguhan Razman meminta pihak berkuasa menyiasat hal ini dilihat sebagai satu kesalahan besar oleh kerajaan negeri .

“Razman tidak pernah mendakwa secara mutlak bahawa hanya rakyat Malaysia yang mengibarkan bendera asing itu. Sebaliknya, beliau bertanya dan menggesa siasatan dibuat “ kalau nak maklumat, bagi kita untuk membuktikan bahawa yang mengibar itu adalah Cina Malaysia ataupun Cina daripada negeri China.” Ini bukan tuduhan liar, tetapi satu desakan bertanggungjawab.

“Apa yang lebih pelik, beliau juga dituduh mengaitkan dua Adun kerajaan dengan program berkenaan hanya kerana gambar mereka terpampang di sepanduk rasmi acara tersebut.

” Ironinya, gambar itu bukan direka oleh Razman ia dipaparkan sendiri oleh penganjur, dan salah satu rakaman video program dimuat naik melalui akaun rasmi Adun Pasir Berdamar sebelum ia dipadamkan. Kenapa dipadam jika tiada kaitan? Kenapa tiada saman terhadap penganjur yang kononnya salah guna gambar mereka? Bukankah soalan ini juga patut dijawab? soal Fadhli.

Namun semua hujah ini diketepikan katanya dan apa yang jelas, hukuman ini menjurus kepada percubaan menutup mulut seorang Adun pembangkang yang berani menyuarakan hal yang tidak disenangi kerajaan negeri.

“Dalam prosiding JK Khas tersebut, pertuduhan pertama terhadap YB Gunung Semanggol telah digugurkan kerana disifatkan sebagai salah faham dan tidak memenuhi syarat sah pertuduhan.

“Bagi pertuduhan kedua pula, YB Razman mengakui kekhilafan maklumat dan secara terbuka memohon maaf kepada Jawatankuasa dan permohonan itu telah diterima serta diberi amaran sahaja .

“Namun yang amat menghairankan ialah bagaimana permohonan maaf yang diterima, dan keikhlasan yang ditunjukkan, akhirnya langsung tidak diambil kira apabila keputusan dibuat untuk menggantung beliau bagi pertuduhan ketiga iaitu mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan ‘sakit hati’! kata Fadhli.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat