TDM & TNI – AD patahkan penyeludupan minuman keras ke Indonesia

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

BA’KELALAN – Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI – AD) berjaya menggagalkan sindiket penyeludupan minuman keras pelbagai jenama berhampiran sempadan Malaysia – Indonesia.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, TDM melalui Trup Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 RS) di bawah kawalan operasi Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) telah melaksanakan Operasi Jagakawan.

Katanya, pada jam 6.00 petang, tujuh anggota TDM yang diketuai oleh Koperal Azmil Ali bersama tiga anggota TNI – AD sedang melaksanakan rondaan di Kg. Punang Kelalan iaitu jarak lebih kurang 500 meter dari sempadan Indonesia, telah menjumpai bungkusan hitam yang mencurigakan.

Hasil daripada pemeriksaan rapi yang telah dilakukan ke atas bungkusan tersebut, pihaknya mendapati 4 karton minuman keras jenama Golden, 2 karton jenama Carlsberg dan 2 karton jenama Tiger.

Ujarnya, minuman keras yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM 1,200 dan laporan polis telah dibuat di Pondok Polis Ba’kelalan.

Kesemua barang rampasan itu akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Ba’kelalan untuk tindakan selanjutnya.

“TDM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia – Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan kegiatan penyeludupan serta jenayah rentas sempadan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun merakamkan ucapan syabas kepada trup 6 RS atas kejayaan membanteras penyeludupan demi menjaga kedaulatan tanah air di perbatasan negara. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat