Pergolakan Timur Tengah, Malaysia akan pantau dengan teliti – PM

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Malaysia akan terus memantau perkembangan pergolakan yang berlaku di Timur Tengah dengan teliti dan akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan bahawa keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa terjamin.

Kepentingan negara akan sentiasa menjadi matlamat utama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam kenyataannya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Sidang Majlis Keselamatan Negara di sini pada Isnin.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin; Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Anwar berkata, tujuan mesyuarat untuk berbincang mengenai situasi tegang di Timur Tengah dan menunjukkan perhatian serius Malaysia terhadap isu ini dan usaha yang diambil untuk memastikan Malaysia dan rakyatnya tidak terjejas oleh perkembangan ini.

Menurutnya, pelancaran dron-dron oleh Iran merupakan tindakan yang sah berikutan serangan biadab oleh rejim Zionis Israel terhadap Kedutaan Iran di Damsyik pada 1 April lalu.

Serangan ini mengakibatkan lapan mangsa dilaporkan terbunuh.

“Kita berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh kerajaan Iran bahawa ia tidak akan mengambil apa-apa lagi tindakan, kecuali diserang oleh rejim Zionis Israel.

“Bersama negara-negara bertamadun yang lain, Malaysia menggesa rejim Zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan lagi keadaan tegang di Timur Tengah.

“Terdapat tanda yang jelas bahawa masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat keadaan yang lebih buruk lagi.

“Setakat ini, perkembangan di Timur Tengah memberikan kesan yang kecil kepada negara. Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dibuka dengan kejatuhan yang amat kecil yang mencerminkan trend serantau,” katanya lagi.

Beliau berkata, kunci penyelesaian kepada isu ini ialah penyelesaian serta-merta yang adil terhadap keadaan yang tidak berperikemanusiaan yang melanda Gaza.

“Oleh itu, perhatian masyarakat antarabangsa mesti ditumpukan kepada isu ini, tanpa gangguan lain dan gencatan senjata yang berkekalan mesti diwujudkan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan.

Dalam hal ini, sumbangan Malaysia terbaru sebanyak 100 kontena dijangka akan berlepas pada 27 April ini,” menurut beliau lagi. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat