Oleh Zihan Zari
MOSCOW – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membuka lembaran baharu, telah mengadakan perbincangan lanjut dalam memperluas potensi kerjasama dengan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Rusia.
Ketua Pengarahnya, Dato’ Dr. Mohd Zahari Ismail, dalam kenyataan berkata kerjasama tersebut meliputi kepakaran dalam beberapa bidang antaranya teknologi makanan, peranti perubatan, maritim dan penyelenggaraan pesawat.
Delegasi Malaysia bersama-sama Pengarah Kanan (Kompetensi) Ts. Abdul Razak Sabtu, dan Pengarah Bahagian Koordinasi TVET, Dr. Norhayati Ibrahim, yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) telah bertemu dengan Duta Besar Malaysia ke Rusia, Dato’ Cheong Loon Lai.
“Pada pertemuan tersebut turut menyatakan tentang peranan politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) dalam TVET di Malaysia.
“Lawatan ini bersempena Persidangan IT Purple 2025 berlangsung pada 15 Mac 2025 di Moscow, di samping berpeluang ke Moscow Institute of Physics and Technology (MIPT).
“MIPT merupakan antara universiti terbaik di Rusia yang telah melahirkan beberapa tokoh penerima Nobel Laureates serta angkasawan,”katanya.
“Selain itu, delegasi Malaysia telah bertemu dengan Director of School of Applied Mathematics and Informatics, Raigorodskii Andrei bagi menjalin kerjasama untuk memperkasa TVET.
“Ianya membuka peluang kepada tenaga pengajar di POLYCC menjalani kursus di universiti tersebut.
“Delegasi akan menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Kedutaan Malaysia di Moscow bersama-sama dengan pelajar Malaysia di sana, ”katanya lagi. -SUARA.TV