Jom Ziarah Gereja: Chegu Bard Lapor Polis, Desak Dibatalkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin membuat satu laporan polis terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkaitan program “Jom Ziarah Gereja”.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi melibatkan risalah digital yang disebarkan bertajuk
“Jom Ziarah Gereja” yang menyeru seperti berikut “
Belum pernah memasukk Gereja sebelum ini? Ingin tahu tentang Kristian?

“Ingin belajar apakah persamaan dan perbezaan antara agama? Jom ziarah Gereja”.

“Adalah jelas butiran di risalah digital tersebut menyalahi Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan dibaca dengan Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri yang melarang perbuatan menyebar atau mendakyah agama selain Islam kepada mana-mana umat Islam,” kata Chegu Bard dalam laporan polis yang dimuat naik di Facebooknya pada Khamis.

Menurut beliau, lebih merisaukan ialah Hannah yang juga penulis buku “Becoming Hannah: A Personal Journey” yang menceritakan tentang perjalanan hidup beliau sebagai seorang penganut agama Kristian.

“Di mana buku tersebut sendiri penuh dengan tulisan mempromosikan agama Kristian.

“Dalam buku tersebut juga tertulis penglibatan dia di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen.

“Tanpa berselindung dalam buku itu menulis bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian tidak tertinggal seruan dia kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” jelasnya lagi.

Chegu Bard juga menambah, bukan itu sahaja, ketika dia menjadi Timbalan Menteri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2018-2020) di mana Kementerian itu pernah memberikan dana kerajaan kepada organisasi yang difatwakan haram oleh Mufti Selangor.

“Oleh itu, saya mendesak supaya pihak berkuasa PDRM dan pihak berkuasa Agama Islam untuk menyiasat segera kegiatan agensi Impact Malaysia ini dan juga peranan yang dimainkan oleh Hannah Yeoh dalam perkara ini.

“Demi perpaduan dan keamaan masyarakat saya menuntut program Jom Ke Gereja yang membazirkan wang rakyat itu wajib dibatalkan,” desak beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat