PH akui kelemahan akan atur strategi baru hadapi PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) mengakui kelemahan dan menerima keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Majlis Presiden PH berkata, mereka menerima keputusan rakyat dalam PRN Johor dan mengakui kelemahan termasuk dalam isu pertandingan pelbagai penjuru oleh parti pembangkang sendiri, logo, peratusan keluar pengundi yang rendah.

Katanya selain itu kelemahan lain ialah aspek penerangan dan komunikasi PH berhubung isu-isu semasa yang telah menyebabkan PH memenangi 12 kerusi.

Hal itu, PH akan berusaha mengatasi kelemahan-kelemahan ini dengan segera terutama dengan mengatur semula strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kelemahan- kelemahan ini tidak boleh diatasi oleh satu parti atau dengan satu ikhtiar sahaja, tetapi perlu diurus bersama dan secara menyeluruh.

“Oleh demikian, beberapa perkara akan dilaksana segera termasuk konvensyen dan pemukiman pimpinan PH untuk menggilap semula idealisme perjuangan PH dan penyokong-penyokongnya serta membincangkan persiapan keseluruhan bagi menghadapi PRU15,” kata Majlis Presiden PH itu lagi.

Dalam pada itu, PH juga akan berusaha merangkul seluruh kekuatan yang sedia menolak kerakusan dan rasuah demi membina kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang agar dapat bersama dalam usaha menolak Barisan Nasional (BN).

“Parti-parti pembangkang tidak harus bertanding hanya di kawasan PH yang akan mengurangkan undi PH lalu secara tidak langsung meningkatkan peluang kemenangan BN.

“Kami terus bertekad menetapkan dasar-dasar ekonomi mapan yang mampu menyelesaikan masalah-masalah rakyat seperti isu pengangguran, kos sara hidup, pengurusan pandemik COVID-19 termasuk isu SOP dan kompaun pelanggaran, kenaikan tarif elektrik untuk perniagaan, tambahan cukai, serta kehimpitan hidup rakyat. Negara kita mesti diselamatkan dari gejala rasuah dan urustadbir yang pincang,” ujarnya lagi.

Selain itu, Majlis Presiden PH turut menegaskan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti perlu dibentang dan diluluskan pada mesyuarat Parlimen ini sepertimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri.

“Pimpinan utama PH akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat