Kesatuan Penting Untuk UMNO Menang PRU – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kesatuan amat penting bagi UMNO untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) PRU15 nanti.

Ujarnya, ini penting untuk membuktikan UMNO adalah parti terbaik dalam membela nasib dan kebajikan rakyat.

Kerana menurutnya lagi, UMNO adalah sebuah perjuangan.

“Selamat bersidang kepada semua perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2021.

“Jadikanlah persidangan kali ini sebagai wadah untuk membentuk kesatuan hati, fikiran serta tindakan sesama kita ahli-ahli UMNO.

“Kesatuan ini penting bagi membolehkan kita membuat persiapan rapi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

“Kita perlu membuktikan bahawa UMNO adalah parti terbaik dalam membela nasib dan kebajikan rakyat di negara ini.

“UMNO sebuah perjuangan.” katanya sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang akan bermula pada 16-19 Mac.

 

May be an image of 1 person and text that says "PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 16-19 MAC 2022 L Selamat BERSIDANG KEPADA SEMUA PERWAKILAN UMNO SELURUH NEGARA ikhlas YAB DATO' SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO PAHANG เพ Ismail tokwanrosdy wanrosdy wanrosdyofficial PAHANG"

PAU 2021 yang berlangsung empat hari akan dimulakan dengan perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka hari ini.

Ia disusuli dengan perhimpunan ketiga-tiga sayap itu pada Khamis.

Perhimpunan kemudian diteruskan dengan ucapan dasar dan perasmian oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat dan diteruskan hingga Sabtu sebelum menutup tirai dengan penggulungan pemimpin parti.

Disember lalu, UMNO membuat keputusan untuk menangguhkan PAU 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 13 hingga 15 Jan lepas. Penangguhan itu susulan bencana banjir di banyak kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat