“PAS tidak kenal pelacur, yang kenal pelacur, adalah yang biasa melanggan pelacur” – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah melabel PAS sebagai ‘pelacur’ hanya akan mencetuskan permusuhan dan menggalakkan kebencian,” kata Pengarah Pilihan Raya Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau sebaliknya berkata, tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO sepatutnya digunakan bagi tujuan menasihati ahli-ahli parti berkenaan.

Kata Sanusi yang ia terutama bagi proses memperkasa serta memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Menurut Menteri Besar Kedah itu lagi sebagai pemimpin yang lebih berusia, Ku Li tidak sewajarnya mengeluarkan perkataan sedemikian dan PAS menganggap ia adalah pendapat peribadi serta tidak mewakili pendirian UMNO.

“Astagfirullahalazim. Orang tua-tua yang umur 80-an tidak patut bercakap bahasa macam itu. PAS tidak kenal pelacur. Yang kenal pelacur, adalah yang biasa melanggan pelacur.

“Saya fikir beliau tidak mewakili UMNO. Ku Li sepatutnya menasihatkan UMNO, bukan mencetus perbalahan. Sebagai Penasihat UMNO, dia patut menasihatkan macamana MN dapat diperkukuhkan, persaudaraan dapat disuburkan.

“Kalau beliau mencetuskan perkara yang boleh menggalakkan permusuhan dan kebencian, saya rasa beliau tak layak jadi penasihat,” Sanusi memetik Astro Awani.

Beliau turut menyifatkan Ku Li mempunyai agenda peribadi apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian iaitu ingin membina naratif baru dalam meraih sokongan untuk menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.

“Saya rasa Ku Li hendak bertanding Presiden UMNO. Beliau (mahu) ‘ambil angin’ ahli-ahli UMNO. Beliau hendak bina satu naratif baru di kalangan sebahagian (ahli) UMNO yang hendak menyokong dia menjadi Presiden,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat