Tengku Zafrul Dilantik Sebagai Ahli MKT UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kini secara rasmi dilantik ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno (yang dilantik).

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkongsi ciapan di Twitternya yang memaklumkan Tengku Zafrul telah dilantik menganggotai MKT oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mesyuarat MKT Umno pada 16 Feb 2023 di Menara Datuk Onn dimulakan dengan Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah sebagai Ahli MKT yanh dilantik oleh Presiden Umno.

“Selamat berkhidmat demi ABATA, Agama, Bangsa, Tanah Air agar rakyat Malaysia maju dan sejahtera atas usaha kita bersama,” ucap Ahmad.

Terdahulu, jam 8 malam tadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu tiba di Menara Datuk Onn bagi menghadiri mesyuarat MKT mencetuskan tanda tanya.

Bagaimanapun sebelum ini beliau telah menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan ahli MKT pada pemilihan Umno Mac depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat