KJ di Hot FM setiap Isnin

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyampai radio Hot FM baharu, Khairy Jamaluddin, 47, mengesahkan akan bersiaran di konti stesen radio popular itu setiap Isnin, jam 8 pagi selama sejam.

Khairy atau lebih mesra disapa KJ mengesahkannya ketika dihubungi rakan penyampai, Johan dan AG di konti Hot FM dari Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, pagi hari ini.

“Saya akan kembali ke HotFM setiap Isnin, antara jam 8 hingga 9 pagi bersama anda semua. Okey, kita jumpa Isnin,” katanya.

Penjelasan KJ itu sekali gus meleraikan tanda tanya pendengar slot Bekpes Hot kendaliannya yang tertunggu-tunggu bilakah bekas Menteri Kesihatan itu akan kembali bersiaran selepas muncul buat kali pertama, semalam.

Menerusi komen balas Johan selepas pengesahan KJ turut menggambarkan kemunculan rakan penyampai baharunya itu sememangnya dinantikan.

“Janji kau ada bro (KJ) sebab makcik-makcik tanya mana si KJ tu, makcik nak dengar suaranya. Nak pitam dengar suaranya.

“Aku dah tak boleh jawab bro kau tak ada,” balas Johan dalam loghat negeri Perak.

Sebelum mengakhiri tugas semalam, KJ berjanji akan mengumumkan tarikh kemunculan di konti radio Hot FM dalam masa terdekat.

Semalam, buat kali pertama suara KJ berkumandang di stesen radio HotFM mengendalikan slot Bekpes Hot bersama Johan dan AG.

Seorang lagi penyampai, Fara Fauzana tidak dapat bersama kerana sedang menunaikan umrah.

Seperti dijangka, kemunculan KJ dalam keluarga Hot FM memberi impak luar biasa dalam kalangan pendengar sehingga penstriman beberapa kali mengalami gangguan ketika slot bersiaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran turut memaklumkan ramai mahu KJ terus beraksi di stesen radio terbabit dan menyifatkan beliau memiliki sisi lawak dan corak penyampaian tersendiri yang mampu memikat pendengar.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat