97 Kes Kategori Tiga Ke Atas, 27,734 Kes Baru Covid Kategori 1 dan 2

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Jangkitan harian Covid-19 terus meningkat dan kali ini melonjak melepasi angka 27,000 dengan 27,831 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,111,514 kes.

Menurut maklumat dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada Twitter beliau, daripada jumlah tersebut, sebanyak 97 kes (0.35 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 27,734 kes (99.65 peratus) kategori satu dan dua.

Katanya, kategori satu sebanyak 7,606 kes (27.33 peratus), kategori dua sebanyak 20,128 kes (72.32 peratus), kategori tiga sebanyak 59 kes (0.21 peratus), kategori empat sebanyak 28 kes (0.10 peratus) manakala, kategori lima pula sebanyak 10 kes (0.04 peratus).

“Justeru, kita perlu mempertahankan bersama-sama daripada badai omicron ini. Banyak negara di rantau ini mengalami trend peningkatan jadi, patuhi semua langkah-langkah kesihatan awam dan sosial untuk menahan badai omicron ini.

“Sila dapatkan vaksin serta dos penggalak untuk melindungi diri serta orang yang anda sayangi,” katanya pada hantaran Twitter beliau di sini hari ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat