PAU 2025: Perjuangan Bela Melayu Tidak Terhenti Walaupun UMNO Minoriti

KUALA LUMPUR — Perjuangan membela kepentingan orang Melayu akan terus menjadi keutamaan selagi UMNO berada dalam kerajaan, meskipun parti itu berdepan persepsi sebagai minoriti, kata perwakilan UMNO, Fauziah Mohd Amin.

Menurut beliau, kehadiran UMNO dalam kerajaan bukan sekadar soal bilangan kerusi, sebaliknya tanggungjawab untuk memastikan suara rakyat, khususnya orang Melayu, terus dibela dan tidak dipinggirkan.

“Selagi UMNO ada dalam kerajaan, perjuangan membela orang Melayu tidak akan berhenti. Tak kira apa orang kata, walaupun UMNO dianggap minoriti, suara UMNO tetap suara rakyat,” katanya ketika mengulas Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025.

Beliau menegaskan bahawa UMNO perlu kekal konsisten mempertahankan prinsip perjuangan parti dengan berani menyuarakan kepentingan rakyat dalam apa jua keadaan, termasuk dalam landskap politik yang semakin mencabar.

Tambahnya, sokongan akar umbi terhadap UMNO masih kukuh dan parti itu wajar terus memainkan peranan sebagai wadah perjuangan orang Melayu yang bertanggungjawab dan berprinsip.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat