Global Peace Mission lancar Kempen Pulihkan Gaza, sasar sumbangan RM10 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Global Peace Mission (GPM) Malaysia memberi jaminan untuk terus menyokong proses pemulihan Gaza dengan melancarkan Kempen Pulihkan Gaza #KempenPulihkanGaza.

Ketua Pegawai Ekseutif (CEO) GPM Syahrir Azfar Saleh berkata, kempen ini akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek pemulihan yang kritikal, termasuk membaiki dan membina kembali rumah serta tempat kediaman yang telah rosak atau musnah.

“Bukan cuma itu, GPM juga bercadang membangunkan semula pendidikan, termasuk membina kembali Sekolah Tahfiz Siraj Al-Munir yang telah dimusnahkan semasa konflik, dan memberikan sokongan segera kepada pelajar di Gaza agar dapat memulakan pendidikan mereka.

“Juga memberikan sokongan perlindungan kepada anak-anak Gaza yang menjadi yatim melalui Kempen Anak Angkat Gaza GPM, termasuk membangunkan ekonomi jangka panjang, termasuk membina semula ladang ternakan ayam moden serta kilang roti bagi memastikan keperluan makanan rakyat Gaza dapat dipenuhi.

“GPM juga berencana meneruskan bantuan kecemasan lain seperti bantuan khemah, makanan asasi, bekalan air bersih, kit kebersihan, dan keperluan kehidupan lain yang amat penting dan mendesak,” kata NGO itu dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Syahrir Azfar, Kempen Pulihkan Gaza ini pastinya akan memerlukan belanja yang besar.

Justeru, ujarnya GPM meletakkan sasaran awal sebanyak RM10,000,000 juta untuk fasa pertama pemulihan dan kerja-kerja ini akan dimulakan segera di bawah pengawasan Pengurus Besar GPM di Gaza Dr Tareq al-Talmas.

“Kami menyeru semua individu, syarikat, dan badan bukan kerajaan untuk bersama-sama menyokong kempen ini demi masa depan Gaza yang lebih cerah,” katanya.

Dalam pada itu Syahrir Azfar berkata, GPM menyambut baik pengumuman gencatan senjata antara Zionis Israel dan Palestin setelah konflik yang berlangsung selama 467 hari.

“Keputusan ini memberikan harapan baru bagi rakyat Palestin, khususnya di Gaza, yang telah melalui ujian yang sangat besar dalam menghadapi peperangan.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh rakyat Gaza atas kesabaran dan ketabahan yang luar biasa dalam menghadapi kehilangan, sama ada dari segi keluarga, harta benda, mahupun kehidupan yang perlu dibina semula.

“Semangat juang dan keazaman yang ditunjukkan oleh setiap ahli Gaza adalah sumber inspirasi bagi kita semua,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan sumbangan, sila layari laman sesawang rasmi GPM atau hubungi:
E-mel : [email protected]
No. Telefon : (+60)19 241 1987 / (+60)3 4144 3441
Alamat : 33-1, Jalan 2a/27a, Seksyen 1, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Sumbangan : www.pedulipalestin.com

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat