RUU Penggal Tetap: Bagaimana jika negara dipimpin kerajaan yang teruk? – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Rang Undang-undang (RUU) Penggal Tetap memang menjamin kestabilan untuk negara namun sekiranya negara dipimpin kerajaan yang teruk ia tidak dapat dipulihkan dan menuju kehancuran.

Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan persoalan, apa akan jadi kepada negara apabila kerajaan dipimpin oleh seorang penjenayah yang secara terbuka mencuri duit kerajaan dan menyalah guna kuasa kerajaan dengan menahan anggota parti lawan.

Dan katanya, apa akan jadi jika harta milik rakyat dirampas?

“Terdapat pendapat oleh pemimpin negara bahawa apabila sebuah kerajaan ditubuh, ia sepatutnya dibenarkan memerintah sehingga tamat iddahnya. Dengan cara itu kerajaan menjadi stabil, memanglah kestabilan baik untuk negara.

“Tetapi apa akan jadi kepada negara apabila kerajaan dipimpin oleh seorang penjenayah yang secara terbuka mencuri duit kerajaan dan menyalah guna kuasa kerajaan dengan memasuk dalam tahanan anggota parti lawan. Apa akan jadi jika harta milik rakyat dirampas?

“Apa akan jadi apabila ekonomi rosak teruk sehingga rakyat mati kebuluran? Apa akan jadi jika polis dan tentera merompak? Apa akan jadi jika rasuah menjadi jadi sehingga segala urusan dengan kerajaan mengambil masa yang panjang dan bergantung kepada sogokan yang diberi,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika kerajaan yang seburuk ini berkuasa lima tahun, kerosakan yang akan berlaku tidak boleh dipulih dan negara akan hancur.

Menurut beliau, mungkin dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kerajaan jenis ini boleh dijatuhkan.

“Tetapi dengan kuasa dan alat yang ada pada kerajaan, PRU boleh ditipu dan kerajaan buruk ini mendapat kemenangan. Maka akan berterusanlah salah guna kuasa oleh kerajaan,” tegas beliau.

Sebaliknya jika demokrasi berjalan dengan baik, parti kerajaan sendiri boleh menjatuhkan pemimpin penjenayah dan penipu, ujar Dr Mahathir lagi.

“Sebagai pengganti seorang pemimpin yang lurus dan berpegang kepada undang-undang akan dipilih untuk mengganti pemimpin yang bersifat perosak.

“Jika parti tidak jatuhkan pemimpinnya yang perasuah dan penyamun, wakil-wakil rakyat boleh hentikan sokongan kepadanya. Dan dia akan jatuh. Mungkin parti juga akan jatuh. Dan PRU diadakan untuk memilih kerajaan baru,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat