RUU cadangan Zahid bukan keutamaan kerajaan ketika ini – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rang undang-undang (RUU) kerajaan kekal hingga tamat penggal Parlimen bukan menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri berkata, cadangan itu belum dibincangkan antara pemimpin parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

“Adalah terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya, belum ada yang dirujuk kepada Peguam Negara dan tiada konsensus pemimpin parti politik dalam kerajaan Madani.

“Kita perlu melalui proses itu dulu dan kita akan lihat cadangan itu, namun ia bukan keutamaan kita,” katanya selepas melancarkan Program Kecerdasan Buatan (AI) untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Selasa, lapor BH.

Anwar mengulas cadangan supaya diwujudkan satu undang-undang khusus bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU), mentadbir dan bertahan hingga akhir penggalnya.

Baru-baru ini dilaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan jika RUU itu digubal kerajaan akan dapat memfokus mentadbir negara, sekali gus mengelak sebarang ganggu gugat politik yang tidak berkesudahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat