Ribut Kuat Di Cyberjaya, Bomba Terima Aduan Empat Pokok Tumbang

- Advertisement -

CYBERJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya menerima aduan empat pokok tumbang dalam kejadian ribut yang berlaku di kawasan tersebut petang tadi.

Pegawai Kanan Bomba Kanan II JBPM Cyberjaya, Mahamad Ramdani Doriat berkata, insiden pokok tumbang itu dilaporkan berlaku di empat kawasan antaranya di Jalan Universiti Multimedia Malaysia selain berdekatan McDonald’s berhampiran Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

“Aduan pertama kami terima kira-kira pukul 5.10 petang dan terus mengerahkan anggota ke tempat kejadian untuk melakukan kerja-kerja pembersihan bagi membolehkan aliran trafik bergerak seperti biasa.

“Kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di empat lokasi terbabit juga turut dibantu oleh MPS dan keadaan kini telah kembali seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! tadi.

Katanya, tiada aduan berhubung kerosakkan kenderaan atau jentera dilaporkan ketika kejadian ribut itu.

Terdahulu tular di media sosial beberapa rakaman video yang dimuat naik orang ramai berhubung kejadian ribut hingga menyebabkan beberapa jalan terhalang akibat pokok tumbang.

Selain dilaporkan berlaku di Universiti Multimedia Malaysia, ribut itu juga dilihat membadai kawasan di sekitar Malakat Mall. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat