KUALA LUMPUR: Pembunuhan demokrasi dalam UMNO memberi gambaran yang buruk pada rakyat bahawa UMNO tidak lagi relevan kepada orang muda untuk sertai parti keramat ini, kata Aktivis Pemuda UMNO, Syed Mohd Syed Nasir.
Jelas Syed, Ketakutan kedua-dua pimpinan atasan pimpinan UMNO yang menggunakan alasan takut kepada perpecahan berlaku adalah demi mengekalkan tindakan mereka sebagai pimpinan tertinggi kerajaan Malaysia.
“Tindakan mereka memberi impak yang kuat kepada golongan muda untuk tidak lagi menjadikan UMNO atau Barisan Nasional sebagai parti pilihan atau erti kata lain parti yang popular mendominasi jiwa rakyat.
“Segelintir Ketua-ketua UMNO Bahagian atau Wakil Rakyat Barisan Nasional dalam Malaysia terlihat takut diambil tindakan kerana takut untuk mengungkapkan kebenaran. Jika mereka menentang maka nasib mereka sama seperti Tan Sri Annuar Musa, mereka dipecat.” kata Syed kepada SuaraTV.
Ujar Syed lagi, PRN akan datang adalah medan utama suara rakyat yang dinafikan oleh oleh Presiden dan Timbalan Presiden ini akan dihakimi.
“Pilihanraya Negeri yang akan datang ini adalah medan utama suara rakyat serta suara akar umbi yang dinafikan oleh Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ini dihakimi, sama ada rakyat menolak atau menerima mereka.
“Hentikan kegilaan ini, kembalikan UMNO kepada UMNO yang asal, rakyat hakimi mereka kerana tamakkan kuasa.” tegasnya.