Berhemah ketika pkp

- Advertisement -

BERDEPAN kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di enam negeri, Rabu lalu dilanjutkan, artis dan selebriti membuat persediaan agar impak penularan Covid-19 tidak menjejaskan pendapatan.

Pelakon drama popular, 7 Hari Mencintaiku 2, Shukri Yahaya, berkata pendapatan daripada kerja penggambaran tertangguh sepanjang tahun lalu dijadikan tabungan ketika berdepan PKP.

“Alhamdulillah, setakat ini, pendapatan tidak terjejas. Hasil daripada kerja penggambaran tahun lalu disimpan sebagai persiapan masa depan. Dengan pelaksanaan PKP ini, dapatlah saya berehat dan tidak selalu keluar rumah, jadi dapatlah berjimat.

“Namun, saya faham, ramai yang menerima kesannya akibat pelaksanaan PKP. Malah, saya takut melihat statistik penularan yang makin meningkat. Lebih membimbangkan, saya ada dua anak kecil. Saya sangat bersetuju kerajaan melaksanakan PKP,

” katanya.

Shukri berkata, pelaksanaan PKP adalah langkah terbaik kerajaan bagi membendung penularan Covid-19.

Menurutnya, dia pernah berdepan pengalaman menakutkan apabila adik-beradik, abang ipar dan anak saudara disahkan positif Covid-19.

“Perasaan itu sukar digambarkan. Bukan sahaja wang banyak dihabiskan untuk ujian calitan, malah mainan emosi juga hebat. Jadi, saya setuju apabila kerajaan mengumumkan PKP di enam negeri.

HUSNA Mustaffa
HUSNA Mustaffa

“Cuma saya berharap PKP tidak berlanjutan kerana faham masalah yang bakal dihadapi kru produksi pihak lain,” katanya.

Sementara itu, pelakon Husna Mustaffa tidak menafikan bimbang pendapatan terjejas jika PKP dilanjutkan.

“Ketika PKP dilaksanakan kali pertama, saya tidak risau. Namun, kali ini, saya bimbang banyak komiten kerja ditangguh dan dibatalkan.

SHUKRI Yahaya sudah buat tabungan.
SHUKRI Yahaya sudah buat tabungan.

“Namun, saya ada simpanan sebagai sandaran dan tidak boros berbelanja. Selain itu, saya ada mengusahakan bisnes pakaian dan penjagaan kulit dalam talian,” katanya yang berserah soal rezeki kepada Tuhan.

Husna berkata, sepatutnya dia memulakan penggambaran drama baharu, hari ini, namun ditangguhkan kerana PKP.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat