Noh Omar, Zuraida, Redzuan Tee dan Jamal Abdillah antara 30 Ahli Dewan Tertinggi MN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden Badan Bukan Kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa mengumumkan 30 Ahli Dewan Tertinggi MN yang kini mempunyai keahlian berdaftar seramai 20,000 orang ahli.

Antara nama yang disenaraikan ialah bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, bekas Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, dan bekas Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Mat Yusof.

Badan Tertinggi MN juga dianggotai penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah dan pelakon Datuk Seri Eizlan Yusuf.

Dalam sidang media sebentar tadi, Annuar juga mengumumkan dua ahli akademik iaitu pakar Perlembagaan, Prof Madya Shamrahayu A Aziz dan pendakwah terkenal, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah juga antara yang dilantik.

Selain itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr.Mohd Zuhdi Marzuki dan pengerusi Parti Perjuangan Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat