KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup 3.2 Tan Minyak Masak Subsidi Ke Thailand

- Advertisement -

PASIR MAS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas lebih 3.2 tan minyak masak peket yang cuba diseludup ke negara jiran selepas memberkas pemandu sebuah lori dan dua orang kelindan di sebuah rumah di Kampung Longgel Lemal di sini semalam.

Serbuan pukul 1 tengah hari itu dilakukan KPDN Kelantan menerusi Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, bertindak hasil maklumat risikan pihaknya telah mengesan sebuah lori yang membawa barangan kawalan bersubsidi dari syarikat pembungkus minyak masak.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, kenderaan yang dinaiki tiga individu itu dipercayai membawa barangan tersebut ke sebuah premis untuk transit di Kampung Longgel.

“Pegawai KPDN telah mengekori lori itu dan mendapati ketiga-tiga suspek sedang memindahkan kotak minyak masak dari kenderaan tersebut di sebuah rumah sebelum terus menjalankan serbuan.

“Pemeriksaan lanjut di rumah itu menemui sebanyak 3,246 kilogram minyak peket yang dipercayai akan diseludup ke negara jiran. Siasatan turut mendapati, rumah tersebut dijadikan sebagai tempat transit untuk menyimpan barangan subsidi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman memberitahu, pemandu dan kelindan lori itu yang berusia dalam lingkungan 30-an hingga 50-an turut ditahan untuk tindakan lanjut.

Katanya, KPDN Kelantan memberi amaran kepada individu atau peniaga yang berniat untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu supaya berhenti dengan segera.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau peniaga yang melakukan kesalahan itu malah mereka akan berdepan dengan tindakan dan denda yang tinggi. Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya.- Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat