Bajet 2022 lulus, PM yakin proses semak imbang pemacu pentadbiran cemerlang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat semalam sebulat suara sepakat meluluskan Bajet 2022 ia sekali gus menyuntik semangat kepada Perdana Menteri yang percaya sebuah pentadbiran yang berkesan bergantung kepada proses semak dan imbang yang cemerlang.

Ismail Sabri bersyukur Bajet 2022 telah diluluskan dengan jayanya setelah mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen.

“Saya, mewakili Kerajaan Persekutuan, berjanji, untuk memanfaatkan mandat yang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Segala perincian Bajet 2022 akan kami laksanakan dengan penuh hemah demi kesejahteraan seluruh warga Keluarga Malaysia.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Parlimen yang telah memberi sokongan dalam undian ini, khususnya daripada pihak pembangkang.

“Saya percaya, kekuatan sesebuah pentadbiran itu turut terletak pada proses semak dan imbang yang cemerlang,” kata Perdana Menteri dalam catatan di Facebooknya.

Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) yang menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM332.1 bilion, terbesar dalam sejarah belanjawan negara dengan matlamat memulihkan ekonomi kesan pandemik Covid-19, dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara semalam.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata belanjawan bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ berkenaan mendukung tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

Rang undang-undang itu yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan perdana menteri diluluskan di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat semalam, selepas 13 hari tempoh perbahasan dan penggulungan bermula 22 Nov bagi setiap kementerian terlibat.

Dewan Rakyat meluluskan Bajet 2022 di peringkat dasar pada 18 November. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat