Tidak perlu gagasan, perikatan baru tapi idea menjadikan Malaysia maju, cadang Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi gambaran menolak idea gagasan besar yang dicadangkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Meskipun tidak menyatakan bantahan jelas terhadap idea berkenaan namun, Mohamad menegaskan bahawa mungkin yang diperlukan oleh bangsa Melayu bukan lagi gagasan.

Tetapi katanya, pencerahan tentang jalan bagaimana bangsa Melayu itu akan jadi lebih baik dan maju.

Mohamad menambah, mungkin yang diperlukan oleh Malaysia itu bukan lagi perikatan politik demi perikatan politik. Tetapi dasar, idea dan kecerdikan baru untuk menjayakan Malaysia yang maju.

“Hamka pernah berpesan, “orang berakal hidup untuk masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri”. Malaysia sangat memerlukan mereka yang sebegini untuk tanahair ini.
“Mungkin tiba masanya kita tutupkan riwayat lama, bukakan lembaran baru. Baik hentikan termenung gundah gulana kerana apalah gunanya lama terharu.
“Akhirnya, cerita hari kemarin telah berlalu dan ceritanya sudah pun diceritakan. Hari ini, benih-benih baru tumbuh. Demikian juga Malaysia, ia perlukan benih dan inspirasi baru,” jelas Mohamad dalam satu kenyataannya di Facebook.

Menurut beliau, telah 10 bulan berlalu semenjak UMNO menyokong pembentukan kerajaan baru.

“Politik bangsa Melayu dan Malaysia terus berantakan.
“Rakyat kebanyakan telah sangat bosan, muak dan jelik dengan pelbagai kenyataan, perlakuan dan pertembungan ahli politk bangsa Melayu terutamanya.

“Semua ini tidak menguntungkan bangsa. Semua ini meletakkan kedudukan bangsa Melayu pada kedudukan yang lemah dan tanpa haluan yang jelas,” katanya.

11 Disember lalu, Hamzah mencadangkan satu gagasan besar ditubuhkan bersama antara gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan harapan kestabilan politik yang kukuh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat