Kluster Tapak Pembinaan Di KL Rekod Jangkitan Tertinggi Covid-19

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kuala Lumpur merekodkan kes Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 696 kes dan daripada jumlah itu, 567 kes adalah dari Kluster Tapak Bina Damanlela yang melibatkan generasi kelima dan keenam.

Manakala Selangor pula merekodkan sebanyak 503 kes diikuti dengan Sabah sebanyak 260 kes.

Terdapat 118 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 56 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan tiga kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,772 kes positif baharu yang menjadikan jumlah kes di Malaysia sebanyak 86,618 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula 14,515 kes

“Sebanyak 189 kluster aktif dipantau dan daripada jumlah itu, sebanyak 55 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela (568 kes), Kluster Tembok (99 kes), dan Kluster Tapak Bina Rimbun (27 kes),”katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat