Belanjawan 2021 Lulus Bukti MP Sedar Belanjawan Untuk Rakyat, Lawan Covid – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sokongan ahli Parlimen terhadap Belanjawan 2021 membuktikan mereka menyedari kepentingan belanjawan itu untuk program rakyat, dengan keutamaan ialah bagi melawan pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata belanjawan itu juga sangat penting kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan seluruh lapisan masyarakat, terutama golongan B40, M40, golongan rentan serta mereka yang kurang bernasib baik.

“Pendirian ahli-ahli Parlimen yang menyokong belanjawan ini turut membuktikan mereka menjunjung tinggi titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mahu belanjawan ini diluluskan tanpa gangguan, lebih-lebih lagi dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan ancaman COVID-19,” katanya dalam hantaran di laman rasmi Facebook beliau malam ini.

Belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu diluluskan di Dewan Rakyat hari ini apabila Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) tersebut memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen.

Rang undang-undang itu diluluskan melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju dan seorang tidak hadir. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat