Kedah Berkorban Tak Teroka Ulu Muda, Pulau Pinang Patut Bagi Sumbangan Kewangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man saran kerajaan Pulau Pinang memberikan sumbangan kewangan kepada Kedah selepas negeri jiran itu berkorban untuk tidak meneroka kawasan tadahan air di Ulu Muda.

Katanya, memandangkan Kedah telah melakukan pengorbanan besar tidak meneroka di kawasan tadahan air yang disalur ke Pulau Pinang itu alangkah baiknya ia dibalas setimpal dalam bentuk sumbangan wang.

“Atas pengorbanan besar kerajaan Negeri Kedah, alangkah baiknya sekiranya Negeri Pulau Pinang yang mendapat manfaat banyak itu dapat menyumbang dalam bentuk kewangan kepada negeri Kedah yang telah berkorban untuk kawasan tadahan air bagi memastikan negeri-negeri yang memerlukan sumber air adalah terjamin,” katanya memetik laporan Malaysiakini di Dewan Rakyat, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian menjawab pertanyaan Chow Kon Yeow (PH-Tanjong) yang mahu tahu berkaitan tindakan dan perancangan kementerian bagi memelihara kawasan tadahan air Ulu Muda, termasuk mengelakkan pencemaran di Sungai Muda.

Tuan Ibrahim berkata kawasan Ulu Muda merupakan kawasan tadahan air yang penting bagi Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah memberi jaminan kawasan tadahan air tidak akan diterokai.

“Selain itu, mana-mana kawasan pembalakan yang telah diluluskan sebelum ini, yang melibatkan kawasan tadahan air juga turut diberi jaminan oleh beliau bahawa kawasan tersebut turut akan diganti dengan kawasan yang lain,” katanya.

Selain itu, Tuan Ibrahim berkata kementeriannya juga menyambut baik komitmen Kedah untuk melindungi kawasan tadahan air dan berharap kedua-dua negeri itu mencapai keputusan menang-menang bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar dan jaminan sumber air.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang menyambut baik jaminan Kedah untuk tidak meneroka kawasan tadahan air Ulu Muda seperti yang dinyatakan oleh Tuan Ibrahim.

Kon Yeow yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata pihaknya berpegang kepada jaminan tersebut demi kepentingan bekalan sumber air mentah bagi keperluan 4.2 juta rakyat Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Sementara itu, beliau juga menggesa Pulau Pinang meneroka sumber air alternatif termasuk air pulih guna daripada kilang pembentungan dan sumber air bawah tanah.

Pulau Pinang juga, katanya, belum mewartakawan 3398.94 sebagai kawasan tadahan air.

Tuan Ibrahim berkata demikian menjawab soalan tambahan Kon Yeow berhubung jaminan Kedah bahawa kerajaan negeri itu tidak akan membenarkan aktiviti pembalakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat