BELANJAWAN 2021 LULUS

- Advertisement -

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan selepas bacaan kali ke-3 oleh Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun ketika mengumumkan berkata, seramai 111 Ahli Dewan Rakyat menyokong, 108 tidak menyokong, dan 1 orang tidak hadir pada sesi undian yang dijalankan melalui undian belah bahagian.

Pada sesi undian, Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaliegh Hamzah tidak hadir, manakala kerusi Parlimen Batu Sapi dan Grik kosong akibat kedua-dua ahli YB meninggal dunia.

Pada peringkat Jawatankuasa, 18 Kementerian lulus melalui undian suara (majoriti) dan 9 Kementerian melalui undian belah bahagian. Ini memperlihatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya meluluskan pembentangan kesemua 27 Kementerian di peringkat Jawatankuasa.

Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 06 November oleh Menteri Kewangan, Senator Dato’ Seri Tengku Zafrul sudah diluluskan pada peringkat dasar pada 26 November lepas menerusi undian suara. Pada Peringkat Jawatankuasa pula, beberapa Kementerian terpaksa melalui undian belah bahagian yang telah dijalankan.

Pada sesi awal pagi tadi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) lulus melalui undian suara.

Pada Perbentangan Belanjawan 2021 lepas, KPM diperuntukkan berjumlah RM50.35 bilion manakala KPT pula diperuntukan RM14.403 bilion.-SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat