Konsert ‘NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR’ telah berjaya mengegarkan Mega Star Arena KL @ Sg. Wang Plaza yang bermula pada jam 8.00 malam, konsert anjuran YOLO Malaysia itu telah berjaya menarik seramai 5,500 peminat hadir dan memenuhi setiap ruang arena dan bergema dengan sorakan dan nyanyian oleh setiap peminat yang hadir.
NOAH yang dianggotai Ariel (vokalis), Lukman (gitaris) dan juga David (pemain keyboard) memulakan persembahan dengan lagu Topeng, di mana Ariel muncul di tengah-tengah pentas mini membuatkan seluruh arena bergema dengan sorakan daripada peminat.
Seterusnya rangkaian lagu-lagu hits mereka seperti Separuh Aku, Menemaniku, Menunggumu, Tak Bisakah, Bintang Di Syurga dan keseluruhan list sebanayak 24 buah lagu telah didendangkan pada malam itu.
Satu kejutan buat peminat apabila penyanyi rap tanah air, Joe Flizzow telah buat kemunculan istimewa dan menyanyikan lagu baharu NOAH berjudul Suara Dalam Kepala bersama-sama Ariel membuatkan sekali lagi seluruh arena bergema dengan sorakan dan tepukan peminat.
Penerbit Eksekurif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah mengatakan , “Kami semua merasai kegembiraan pada malam tadi, sesungguhnya sebuah persembahan yang unik, dengan paduan pentas utama dan pentas mini istimewa serta kejutan oleh Mr. President iaitu Joe Flizzow.
“Terdahulu, pembeli tiket bertuah berpeluang menyaksikan sesi ‘Soundcheck Experience’ selama 30 minit sebelum bermulanya konsert dan juga ‘Backstage Experience’ iaitu lawatan belakang pentas bagi merasai sendiri pengalaman yang berlaku di sebalik tabir.
“Berbezanya pada tahun ini, konsert YOLO x NOAH merupakan kolaborasi bersama di mana ‘team’ YOLO Malaysia turut terbabit dalam setiap langkah produksi menuju ke hari konsert, dari segi persiapan sehinggalah proses akhir, menjadikan persembahan pada malam ini sebuah pengalaman yang sekali dalam seumur hidup.” Ujar Haniff Hamzah
Sehari sebelum konsert, pada 10 November 2023, sebuah majlis makan malam ‘meet & greet’ berkonsepkan santai bersama NOAH dengan peminat-peminat bertuah dihoskan Dina Nadzir telah diadakan di hotel terkemuka, Grand Hyatt, di mana peminat berpeluang merasai aktiviti ‘fun & games’ bersama NOAH.
Tambah Ib Harun, Pengasas YOLO Asia, “Walaupun ini merupakan konsert terakhir NOAH di Kuala Lumpur, YOLO Asia akan mengalihkan fokusnya pula terhadap konsert NOAH di Singapura di bawah kelolaan YOLO Singapore yang bakal berlangsung pada 17 Disember 2023 ini di Singapore Expo Hall 1.
“Kami juga turut berbangga mengumumkan pelancaran YOLO Japan, di mana YOLO Japan merupakan rakan penganjur bagi konsert NOAH Live in Yokohama pada 5 November 2023 lalu, yang berlangsung di Yokohama Bay Hall, Jepun.
“Selain itu, YOLO Borneo juga akan menganjurkan konsert Rockin’ Borneo with SEARCH pula di Sabah Convention Center pada 9 Disember 2023 nanti.
Jangan lupa dapatkan tiket-tiket ke konsert Rockin’ Borneo with SEARCH (YOLO Borneo) dan NOAH Energized Singapore (YOLO Singapore) di laman web YOLOasia.com tidak lama lagi!