Sultan Johor Nafi Keluar Kenyataan Tolak BN Dalam PRN Melaka

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah bahawa baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, seperti yang ditularkan, baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah, kenyataan berkenaan yang ditularkan menerusi sebuah poster itu adalah satu kenyataan palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.

“Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini pada 30 Oktober lalu.

“Segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan saya ataupun Keluarga Diraja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office (RPO),” titah baginda dalam kenyataan di Facebook rasmi.

Menerusi poster yang tular sejak akhir bulan lalu yang memaparkan gambar Sultan Johor dengan kenyataan ‘Rakyat Melaka perlu tolak BN (Barisan Nasional) di PRN Melaka’.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mengesahkan sudah menerima laporan polis berhubung poster tular mengandungi kenyataan palsu Sultan Johor.

Katanya, Polis Johor menegaskan supaya mana-mana pihak untuk tidak cuba membuat dan menyebarkan kenyataan palsu melibatkan institusi Diraja terutama di Johor.

“Tindakan segelintir pihak menyebarkan laporan tidak benar sejak akhir-akhir ini boleh diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Polis Johor akan terus memastikan keamanan dan kemakmuran dalam kalangan masyarakat akan sentiasa terpelihara,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat