Arak Jenama Timah Bukan Isu Besar – Naib Presiden PAS

- Advertisement -

CYBERJAYA – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpendapat isu berkaitan jenama arak atau wiski ‘Timah’ bukanlah isu yang perlu diperbesarkan.

Memetik laporan Malaysiakini, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, secara asasnya sudah diketahui bahawa jenama itu membawa maksud bijih timah dan bukan nama seseorang.

“Cuma ia boleh menimbulkan kekeliruan. Kita orang Melayu apabila disebut Timah tak nampak (beranggapan) bijih timah, tapi nampak (nama) manusia itu. Di situ timbul kekeliruan, tapi pada pandangan saya bukan isu besar.

“Bukan isu besar sampai kita nak itu apa semua, bagi sayalah. Sebab syarikat sudah beri penjelasan dan dah beritahu,” katanya.

Terdahulu, pengeluaran minuman keras jenama Timah itu menimbulkan kontroversi malah turut dibantah antaranya oleh PAS susulan penggunaan jenama itu.

Dewan Ulama PAS dan sayap pemuda parti itu sebelum ini turut menuntut supaya pengeluaran arak jenama tersebut dihentikan.

Kelmarin, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjelaskan kabinet bersetuju secara bersyarat membenarkan penggunaan jenama tersebut dan syarikat perlu melabelkan bahawa jenama itu merujuk kepada bijih timah.

Sementara itu, Mohd Amar menjelaskan pihaknya berharap tiada pihak mengambil peluang untuk menyentuh sensitiviti

“Yang dah lepas nak buat macam mana. Yang akan datang itu, sebab kita tengok sesetengah bukan muslim tidak ambil kira sensitiviti umat Islam.

“Itu yang kadang-kadang menimbulkan masalah. Jadi sepatutnya apa-apa hal kena ambil kira sensitiviti sebab kita duduk dalam masyarakat majmuk,” kata Mohd Amar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat