Bagaimana One Piece Berjaya Bangunkan Kembali Bandar Kumamoto Di Jepun

Singapura Usir 15 Warga Bangladesh

SINGAPURA: Pihak berkuasa mengusir 15 warga Bangladesh dari republik ini kerana memuat naik hantaran berunsur hasutan, keganasan atau mencetuskan rusuhan berkaitan serangan pengganas di...

Tutup Sementara Kilang, Top Glove Jangka Pendapatan Terjejas

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) menjangka pendapatannya untuk tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Ogos 2021, akan terjejas sebanyak tiga...

COVID-19: Jeffrey Kitingan Akui Diberi Pelepasan Daripada Pengawasan, Pemerhatian

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah diberi pelepasan daripada menjalani pengawasan dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan mengikut Akta Pencegahan...

Cukai Baharu Hanya Diperkenal Selepas Ekonomi Pulih – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan hanya memperkenalkan sebarang cukai baharu apabila keadaan ekonomi telah pulih, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau...

Tembakan Di Sempadan: Kejadian Berbalas Tembakan Berlaku Secara Spontan – KPN

KUALA LUMPUR - Kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand antara dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan penyeludup dadah awal pagi tadi berlaku...

Umum mengetahui negara Jepun sangat terkenal dengan budaya pop mereka yang tersendiri melalui penerbitan anime, manga (komik), novel, gaya fesyen, serta muzik pop.

Bukan sahaja menjadi kegilaan rakyat-rakyatnya tetapi ia juga turut menjadi ikutan seluruh dunia terutamanya siri anime popular seperti One Piece.

Tetapi tahukah anda, siri anime One Piece ini pernah dilaporkan bukan sahaja menjadi salah satu sumber hiburan bagi orang Jepun tetapi ianya turut membantu dalam pembangunan ekonomi setempat di negara mereka.

Untuk menjawab persoalan bagaimana anime ini membantu ekonomi setempat, beberapa laporan yang dikumpulkan oleh media arus perdana yang bakal dikongsikan kami ini mungkin membantu anda memahaminya dengan lebih mudah.

1. Membantu memulihkan kerosakan bandar akibat bencana alam

VOA INDONESIA

GEMPA BUMI MELANDA WILAYAH KUMAMOTO 2016, SUMBER: VOA INDONESIA

Wilayah Kumamoto di Selatan Jepun telah dikejutkan dengan kejadian gempa bumi sekuat 7.3 magnitud dan mengakibatkan kerosakan hampir keseluruhan bandar berkenaan. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 16 April 2016 yang mengorbankan seramai 50 orang dan mencederakan lebih 760 penduduk yang lain.

Punca kejadian gempa bumi itu berlaku adalah disebabkan sebahagian ombak setinggi 1 meter yang menghempas ke kawasan pantai Ariake dan Yatsushiro di wilayah Kumamoto.

one piece

EIIROCHI ODA SI PENCIPTA ONE PIECE. SUMBER: AMINO APPS

Melihat keadaan bandar Kumamoto yang musnah dibadai ombak, pelukis dan pengkarya siri anime One Piece iaitu Eiirochi Oda, 45, berhasrat untuk menghulurkan wang sumbangan sebanyak 800 juta Yen atau RM31.2 juta kepada pemimpin wilayah bagi membaiki semula kerosakan bangunan yang berlaku di bandar kediaman beliau itu.

“Kami sangat berbesar hati atas ehsan beliau. Umpama resmi watak Luffy yang tidak pernah berputus asa, saya yakin Kumamoto juga akan terus maju ke hadapan walaupun ditimpa musibah gempa bumi ini,” ujar Ikuo Kabashima, pemimpin wilayah Kumamoto di suatu sidang khas.

2. Pembinaan patung One Piece dapat meningkatkan sektor pelancongan

one-piece-statua-luffy-porta-guadagni-record-prefettura-kumamoto-v4-465241

PATUNG LUFFY DI KUMAMOTO, JEPUN. SUMBER: ASAP LAND

Berikutan itu, pemerintah wilayah Kumamoto telah merancang untuk membina beberapa tugu yang diinspirasikan daripada watak utama One Piece iaitu Monkey D.Luffy serta lapan lagi watak rakan-rakannya di situ dengan menggunakan wang hasil sumbangan yang disalurkan oleh Eiirochi.

 

Dimaklumkan bahawa kos pembinaan patung tersebut bernilai sekitar 10 juta yen atau RM390,110 bagi satu patung. Setakat ini, tiga patung telah siap dibina iaitu patung Luffy yang diletakkan berhadapan dengan Pejabat Wilayah Kumamoto manakala patung bagi watak Sanji telah dibina di Bandar Mashiki. Patung bagi karakter Usopp pula telah dibina di Kota Aso.

 

Sepatutnya, pada Mac 2020 lalu, patung bagi watak Chopper dan Brook akan dilancarkan namun terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu atas sebab penularan pandemik COVID-19. Pasti anda tertanya mengapa mereka sanggup ‘membazirkan’ sumbangan tersebut hanya untuk membina patung-patung One Piece ini?

Sebenarnya tindakan tersebut bukannya satu pembaziran bahkan ianya sebagai satu langkah yang bernas dalam memajukan sektor pelancongan di wilayah tersebut.

3. Pulangan keuntungan yang lumayan

one piece pelancong

ANTARA BARISAN VVIP YANG SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA PATUNG LUFFY. SUMBER: FANS OF ONE PIECE

Hasil tinjauan yang dilakukan oleh sekumpulan 66 orang pelajar dari Universiti Shokei pada 19 Oktober 2019 hingga 20 Januari 2020 telah mendapati bahawa anggaran nilai ekonomi bagi industri pelancongan lawatan patung Luffy bagi setahun adalah sebanyak 2,671,970,000 Yen atau bersamaan RM104,225,851.

Seramai 55,121 pengunjung disasarkan akan melawat ke bandar Kumamoto hanya untuk melihat hasil arca ikonik karakter Luffy ini. Hasil pembahagian antara anggaran nilai dengan jumlah pengunjung, sebanyak RM1,887.50 keuntungan akan dihasilkan bagi seorang pengunjung.

“Jikalau kita tidak berani mengambil risiko, kita tidak akan mampu untuk membina masa depan,” salah satu dialog karakter Luffy dalam anime One Piece yang sangat bermakna untuk kita semua.

Dialog yang diujarkan oleh Luffy itu juga boleh disamakan dengan apa tidakan yang dilakukan oleh pemimpin wilayah Kumamoto yang sanggup mengambil risiko untuk membina patung-patung One Piece sedangkan wang sumbangan tersebut perlu digunakan bertujuan untuk membaiki kerosakan wilayah Kumamoto.

Hasilnya, kejayaan pembinaan patung One Piece ini sememangnya menjadi penyumbang utama kepada kemajuan wilayah Kumamoto. Salah satu tarikan pengunjung untuk ke sana juga ialah kemergahan pembinaan Istana Kumamoto.

Mungkin idea membina patung ini juga boleh dipraktikkan oleh pencipta animasi tanah air untuk menjana pendapatan tambahan sekali gus memajukan sektor pelancongan negara. Apa pandangan anda?

The Vocket

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

“Tinggal saya seorang, sedih dan sunyi” – Tun M

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rasa sedih dan sunyi apabila mengenang semua sahabat baiknya telah pergi menemui pencipta. Dalam catatan di blognya...

Berita Berkaitan

Lenovo Yoga Slim 7i, Komputer Riba Yang Nipis Dan Bergaya Untuk Anda

Buat anda yang mencari sebuah komputer riba untuk kegunaan harian terutamaya bisnes, mungkin agak pening kepala untuk memilih puluhan model menarik yang ada di...

Samsung Galaxy Note 20 Ultra, ‘Raja’ Telefon Pintar Android Bagi Tahun 2020

Mulai dilancarkan pada Ogos lalu sebagai telefon pintar terbaik pernah dihasilkan Samsung iaitu Galaxy Note 20 Ultra sehingga kini masih lagi menjadi rebutan peminat...

Kak Kek ‘panas’ dengan netizen

KUALA LUMPUR: Pelakon, Catriona Ross 'panas' hati dengan sesetengah pihak termasuklah netizen apabila mengecam golongan selebriti tanpa ada perasaan. Rasa terkilan dan kecewa diluahkan pelakon...