Tiga pasangan kembar teruja terima sijil pengajian pada konvokesyen KKNP 2024

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Tiga pasangan kembar pelajar Kolej Komuniti Batu Gajah berkongsi detik kegembiraan apabila berjaya menamatkan pengajian dan menerima sijil masing-masing dalam Istiadat Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Perak (KKNP) 2024 di Dewan Jubli, Politeknik Ungku Omar (PUO) dekat sini baru-baru ini.

Pasangan kembar, Lohges Hari a/p Haridass dan Linges Hari a/p Haridass
berasal dari Ipoh merupakan graduan Sijil Fesyen dan Pakaian, meluahkan perasaan teruja dan sangat berbesar hati menerima anugerah ini.

“Kami berdua sangat gembira kerana ibu bapa turut meraikan bersama-sama menyaksikan kami pada hari saat manis, dan penuh bermakna ini.

“Kenangan bersama rakan-rakan serta pensyarah yang berdedikasi akan terus diingati dan dikenang sepanjang hayat, ”kata Linges.

Mereka berdua kini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat diploma di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor.

Bagi pasangan kembar Afrina Aisyah Zahrullail, Afrina Aleeya Zahrullail dan Nur Ifahana Mohamad Saidi, Nur Izahana Mohamad Saidi turut berkongsi pengalaman.

Keempat-empat merupakan graduan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa.

Nur Izahana berkata, keputusan untuk melanjutkan pengajian di sini adalah kerana ianya menawarkan bidang yang diminatinya iaitu terapi kecantikan dan spa.

“Saya gembira belajar di Kolej Komuniti yang telah menawarkan pengalaman dan kemahiran yang sangat bermakna.

“Di sini, saya terlibat dalam program keusahawanan dan pertandingan yang memberi banyak manfaat, selain menambah kenangan manis sepanjang pengajian di sini,”katanya.

“Malah saya berpeluang mengenali ramai rakan baharu serta menimba pengalaman yang tidak ternilai, membuatkan saya berani untuk membuka home spa sendiri,”katanya lagi.

“Sebagai pesanan kepada rakan-rakan dan anak muda di luar sana, terus berusaha menimba ilmu tanpa mengira cabaran, ”kata Afrina Aleeya yang kini bertugas sebagai physiotherapis.

Dalam pada itu, istiadat konvokesyen berkenaan, menyaksikan seramai 859 graduan bergraduat dalam peringkat sijil dan diploma dari 13 buah Kolej Komuniti di Perak menerima sijil dan diploma masing-masing yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Ts. Dr. Ali Selamat dan Pengerusi Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Zon Perak, Dr. Shamsuri Abdullah.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat