UMNO Belum Buat Keputusan, Akan Mesyuarat Lagi Lepas Pengumuman SPR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO akan bermesyuarat sekali lagi berhubung Pilihan Raya Kecil (PRN) Melaka.

Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata demikian selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat semalam masih tidak mencapai sebarang keputusan.

“Saya tidak tahu. Tiada keputusan lagi.

“Kita akan meeting (mesyuarat) lagi sekali,” katanya malam tadi selepas mesyuarat di Menara Dato’ Onn.

MKT Umno malam tadi bermesyuarat untuk menentukan sama ada akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Sementara itu, dalam kenyataan media selepas mesyuarat itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bahawa partinya akan bersiap sedia bagi menghadapi PRN Melaka.

“Mesyuarat bulanan MKT UMNO semalam telah membincangkan antara lain mengenai PRN Melaka.

“Adalah diarahkan agar jentera parti di setiap peringkat membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi PRN ini dengan menuruti SOP yang akan ditetapkan oleh SPR,” katanya.

Ahli Parlimen Pontian itu turut berkata bahawa MKT juga mengesahkan pengguguran keahlian UMNO terhadap Datuk Seri Idris Haron (Adun Sungai Udang) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) yang sebelum itu adalah ahli di Bahagian Tangga Batu, Melaka.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata bahawa partinya tidak berbincang mengenai kerjasama antara UMNO-PAS pada mesyuarat malam tadi.

“Kita akan maklum kemudian. Kita akan bincang dalam mesyuarat seterusnya,” katanya ketika ditanya mengenai kerjasama UMNO-PAS di PRN Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat