PRN Melaka: Komponen PN Agih Kerusi Dalam Masa Terdekat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti komponen Perikatan Nasional (PN) bakal memuktamadkan rundingan kerusi bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam tempoh terdekat.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang juga Pengerusi PN Negeri telah mengatur strategi untuk menggerakkan seluruh kekuatan jentera akar umbi parti bersama parti komponen bagi menghadapi PRN itu.

Memetik Bernama beliau berkata, Bersatu dan parti komponen PN akan terus meningkatkan pelaksanaan program ‘outreach’ sedia ada di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi menyantuni penduduk antaranya inisiatif Gerai Prihatin Rakyat yang mendapat sambutan baik.

Selain itu, Hamzah berkata, Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam telah membincangkan persiapan parti itu bagi menghadapi PRN Melaka.

“Dalam hal ini, Bersatu bersedia untuk menghadapi PRN Melaka dengan melakukan persiapan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat