Ramai mahu Jamie Costa jadi Robin Williams

- Advertisement -

Los Angeles: Video pendek yang dimuat naik pelakon peniru gaya, Jamie Costa sebagai mendiang bintang Hollywood Robin Williams mencuri perhatian ramai peminat bintang filem itu.

Dalam video pendek berdurasi lima minit dengan keterangan ‘Robin Test Footage Scene’ itu, Costa memegang watak sebagai Williams di samping Sarah Muphree yang memegang watak sebagai Pam Dawber di set penggambaran Mork & Mindy.

Video pendek itu seterusnya menerima banyak komen daripada peminat Williams dan meminta supaya Costa membintangi filem biopik pelakon itu.

“Siapa lagi yang mampu menolak kemampuan Jamie membawa watak sebagai Robin dalam biopik sejak pertama kali dia meniru gaya Robin,” tulis seorang netizen di Twitter.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter yang lain juga menganggap bahawa Jamie mampu meniru gaya Robin dengan begitu teliti.

“Ada satu benda yang kita boleh tiru mengenai orang lain, tapi apa yang dilakukan Jamie ada segala aspek dari bunyi percakapannya, tingkah lakunya dan ekspresinya yang sangat luar biasa.

“Saya harap, filem (biopik) akan dihasilkan. Saya masih dapat rasakan kesedihan atas pemergiannya,” tulisnya.

Williams meninggal dunia selepas berjuang sebagai pesakit Lewy Body Dementia dan membunuh diri pada 2014.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat